Berita Hari Ini

Seorang Wanita Ditipu, Rugi RM140,400

IPOH: Seorang wanita terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM140,000 kerana menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Jenny Choy berkata, wanita yang dikenali sebagai Lee, 56 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki yang kononnya dari Amerika Syarikat bernama Alvin Ong.

“Lelaki itu mengatakan dia bekerja sebagai direktor di sebuah syarikat perkapalan yang berpengkalan di Singapura.

“Selepas berkenalan dengan mangsa, Alvin telah meminta tolong untuk meminjamkannya duit sebanyak RM9500 untuk membayar rumah sewanya di Singapura.

“Pada 20 Mac lepas, mangsa telah memasukkan wang sejumlah RM9500 ke dalam akaun seorang agen rumah pangsapurinya atas dasar ingin membantu Alvin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Wisma Impian, Kampung Simee, hari ini.

Ujarnya lagi, selepas memasukkan wang yang diminta, mangsa cuba untuk menghubung Alvin untuk memaklumkan bahawa wang sudah dimasukkan, akan tetapi dia telah memberitahu mangsa yang wang masih tidak mencukupi dan meminta RM11,900 lagi.

“Pada 22 dan 25 Mac, mangsa telah membuat dua kali pindahan wang ke akaun Alvin dengan jumlah RM49,000 dengan alasan yang sama.

“Bila ditanya mengenai bayaran balik, Alvin ada menghantar gambar Telegraphic Transfer Application yang berjumlah USD7000 dan USD7300 kepada mangsa tetapi wang tersebut tidak masuk ke dalam akaun mangsa kerana nombor akaun mangsa tidak mencukupi dan meminta lagi RM10,000 untuk caj bank bagi mempercepatkan proses pembayaran kepada mangsa.

“Alvin juga ada meminta mangsa untuk memasukkan sebanyak RM13,000 untuk tujuan membayar bahan projeknya yang dibeli di Port Klang,” katanya lagi.

Seterusnya, pada 17 April, Alvin ada memberitahu bahawa dia telah memasukkan cek sebanyak SGD 380,000 ke dalam akaun mangsa untuk bayaran semula pinjaman yang telah diberikan.

“Pada 26 April, mangsa telah menerima panggilan daripada seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai bank negara dan meminta mangsa untuk membayar RM36,000 bagi caj bank cek tersebut dan mangsa sekali lagi mengikut arahannya dengan memasukkan wang tersebut.

“Selepas itu, Alvin telah memberitahu mangsa supaya membayar RM54,000 lagi kepadanya kerana telah menghina dan memarahi pegawai bank tersebut kerana wangnya masih belum dikembalikan semula dan mangsa mengambil keputusan untuk tidak membayarnya dan akhirnya menyedari beliau telah ditipu,” katanya.

Pada perkembangan sama, mangsa yang berasa tertipu akhinya telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam bagi membantu siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");