Berita Hari Ini

Suami Ditahan Belasah Isteri Dan Anak

KUALA KANGSAR: Polis menahan seorang penganggur lelaki selepas dipercayai memukul isteri dan dua anaknya di sebuah rumah di Taman Seri Emas di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim, berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan dibuat isterinya semalam.

Katanya, isterinya mendakwa suspek mengamuk dan memarahi serta memukul anak perempuan sulung mereka berusia 13 tahun dengan menarik rambut sebelum dia cuba leraikan.

“Disebabkan cuba menghalang, suspek menampar pipi kanan dan merentap rambut isterinya sebelum menghentak kepalanya di kerusi.

“Isterinya turut mendakwa suspek memulas tangan, menumbuk perut serta menghentak kepalanya ke dinding selepas memarahi dan membaling baju ke arah anak sulung mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Razali berkata, siasatan awal mendapati suspek seorang panas baran dan sering memukul isteri serta dua daripada empat anak mereka berusia lima dan 13 tahun sejak awal tahun ini.

Katanya, siasatan lanjut turut mendapati suspek dan isterinya dalam proses perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Kangsar.

“Polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek hari ini manakala isterinya sudah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar selepas kejadian,” katanya.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 323/326a Kanun Keseksaan.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");