Perak Hari Ini

Sultan Perak Berkenan Hadir Ke Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil Almarhum Ayahanda

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan yassin dan tahlil sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah dan majlis berbuka puasa di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi di sini, petang ini.

Turut berkenan berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Sultan Nazrin yang tiba pada jam jam 6.30 petang disambut oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Yang turut hadir mengiringi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Bin Abu Seman, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abu Bakar Said dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Bacaan Yassin dan tahlil pada petang berkenaan diketuai oleh Imam Besar Utama Masjid berkenaan, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan.

Selepas itu, baginda berbuka puasa sebelum berkenan menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah.

Lebih 1,000 umat Islam di sekitar bandar raya Ipoh termasuk ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan hadir ke majlis berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");