Berita Hari Ini

Suspek Pengebom Sri Lanka Ditahan Atau Maut – Pemangku Ketua Polis

COLOMBO: Semua suspek yang terbabit dan dikaitkan secara langsung dengan pengeboman bunuh diri pada Hari Easter lalu sama ada sudah ditahan atau maut, kata pemangku ketua polis semalam.

Dalam satu kenyataan audio oleh kementerian pertahanan, Pemangku Ketua Polis Negara, Chandana Wickramarate berkata pasukan keselamatan turut merampas bahan untuk membuat bom yang didakwa akan digunakan untuk serangan seterusnya, oleh militan yang terbabit dalam serangan itu.

Serangan berdarah di dua gereja dan hotel mewah di sini itu mengorbankan lebih 250 orang.

Pihak berkuasa Sri Lanka berkata, pihaknya percaya pengeboman itu dilancarkan oleh dua kumpulan ekstremis Islam yang kurang dikenali, National Tawheed Jamaath (NTJ) dan Jamathei Millathu Ibrahim (JMI).

Terdahulu, kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas pengeboman bunuh diri terbabit. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");