Berita Hari Ini

Syazlin Perlu Terus Wakili Keluarga Adib Jika Mahu Kebenaran, Kata PM

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad berkata, Syazlin Mansor sepatutnya terus mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim dalam inkues menentukan punca kematian anggota bomba itu yang hampir berakhir, jika beliau benar-benar mahu mencari kebenaran bagi mangsa.

Perdana menteri berkata, Syazlin tidak boleh mewakili mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga Adib pada masa sama kerana akan berlaku konflik kepentingan.

“Dia patut terus menjadi peguam bagi keluarga Adib, tapi dia tarik diri (daripada mewakili) semua (pihak). Dia jadi peguam keluarga, lepas itu nak jadi peguam kerajaan, mana boleh?

“Jika dia mahu mencari kebenaran, kebenaran itu boleh dapat dalam mahkamah.

“Sekarang ini, perdana menteri tidak berkuasa di mahkamah, kalau tidak percaya pada mahkamah, kita nak percaya kepada siapa untuk buat keputusan?” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM hari ini.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");