Membawang Hari Ini

Tak Keluar TV, Datuk Seri Vida Nafi Jatuh Miskin

Selepas kontroversi terpalit sebagai penaja sebuah program rancangan realiti popular, sudah hampir setahun jutawan kosmetik Datuk Seri Vida tidak muncul dimana-mana program televisyen.

Timbul pula pelbagai spekulasi mengenai usahawan tersebut dimana ada yang mendakwa Vida kini berdepan masalah kewangan selepas mata wang kripto LaVida Coin yang dilancarkannya dilanda masalah.

Bagaimanapun, Vida menafikan dakwaan bahawa beliau jatuh miskin dan masih meneruskan perniagaannya seperti biasa serta ada mengeluarkan beberapa produk terbaru.

“Astaghfirullah hal ‘azim. Apabila tak keluar televisyen, cakap begitulah. Saya aktif di media sosial. Kalau nak berunding, tiada follower, siapa yang nak beli.

“Empat tahun asyik berebut mikrofon. Saya sekarang sedang tunggu kalau ada rancangan baharu. Bagilah rancangan apa nak taja, makan-makan ka,” katanya kepada Astro Awani.

Dalam pada itu, Vida berkata beliau akan melancarkan single terbarunya berkonsepkan cinta dijangka akan dikeluarkan selepas Aidilfitri ini.

Vida berkata lagi, beliau masih lagi mencari-cari rancangan baru yang sesuai untuk ditajanya. Ujarnya lagi, baru-baru ini beliau ada menaja rancangan berbentuk keagamaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");