Perak Hari Ini

Tempat Gilmar, Wander Luiz Diganti

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengesahkan bahawa dua pemain import, Gilmar Jose Da Silva dan Wander Luiz digugurkan daripada terus beraksi bersama-sama pasukan bola sepak Perak pada musim ini.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata keputusan mengugurkan Gilmar adalah hasil daripada perbincangan dengan pihak pengurusan PAFA.

Manakala Luiz pula mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada bersama-sama skuad The Bos Gaurus ekoran masalah kesihatan anaknya di Brazil.

Rentetan daripada itu, PAFA telah berjaya melamar dua pemain import yang juga dari Brazil bagi mengisi kekosongan tersebut dan mereka ialah Ronaldo Henrique Silva serta Raianderson Da Costa Morais.

Ronaldo, 28, yang bakal berada di posisi penyerang itu pernah bermain dengan kelab bola sepak di Brazil dan Jepun sementara Raianderson, 23 yang akan berada di posisi tengah pula berpengalaman beraksi dengan kelab bola sepak di negara asalnya.

“Kita berharap dengan keberadaan mereka ini ia akan memantapkan lagi pasukan kita untuk mengharungi sisa baki perlawanan musim ini.

“Dalam Liga Super kita menyasarkan tangga empat teratas. Kita harus realistik dan bina semula pasukan kita.

“Untuk Piala FA, saya ada harapan yang tinggi. Pada musim ini kita sasarkan sekurang-kurangnya membawa pulang satu piala ke Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, hari ini.

Sementara itu Ahmad Faizal menafikan dakwaan yang mengatakan Zac Anderson bakal digugurkan daripada terus berada di bawah pasukan kendalian jurulatih, Mehmet Durakovic.

Katanya, dakwaan tersebut tidak pernah dibangkitkan sebaliknya merasakan bahawa pemain itu mampu membantu skuad The Bos Gaurus untuk terus berjaya mengharungi perlawanan-perlawanan dalam musim ini.

Dalam sidang media sama, Ahmad Faizal turut ditanyakan tentang cadangan Perak untuk melamar bekas pemain import PKNS FC dari Singapura, Faris Ramli.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak berkata, dalam menantapkan kuota senarai pemain import, ramai pemain yang ditemui telah menyatakan minat untuk beraksi bersama juara Piala Malaysia serta naib juara Liga Super 2018.

“Mehmet ada menyatakan hasrat bahawa beliau berminat untuk mendatangani beberapa pemain. Cuma kita harus melakukan ia mengikut peraturan.

“Faris sudah tentu salah seorang daripadanya namun kita harus menghormati pasukan yang beliau sedang wakili. Beberapa proses harus dilalui.

“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menarik masuk pemain ke pasukan kita tanpa melakukan ia dengan cara yang formal,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");