Perak Hari Ini

Terdapat NGO Yang Tidak Ikhlas Perjuangkan Isu Orang Asli, Alam Sekitar – MB Perak

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan sikap segelintir organisasi bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu alam sekitar dan masyarakat Orang Asli dalam negeri ini sebagai tidak ikhlas.

Malah katanya terdapat dalam kalangan mereka khususnya datang dari luar Perak, yang sengaja mahu menjadi juara dalam perkara tersebut.

“Tidak kira kerajaan mana yang memerintah, pasti akan ada NGO yang cuba menjadi juara dalam isu alam sekitar ini, semata-mata mahu menganggu pentadbiran kerajaan.

“Saya tak nampak yang mereka ikhlas menolong Orang Asli. Jika benar mahu menolong, buat macam kami iaitu seperti mengadakan program kampung angkat.

“Ini tidak. Datang sekali-sekala, kemudian mengaku mencintai masyarakat Orang Asli dan alam sekitar. Semua pihak sepatutnya lebih adil dalam menilai perkara ini,” katanya.

Jelasnya sebanyak 48 peratus muka bumi di negeri ini masih lagi dilitupi hutan hujan.

Malah sekali lagi beliau menegaskan bahawa kerja-kerja pembalakan yang sedang berjalan hari ini adalah hasil daripada kelulusan lesen yang dikeluarkan pentadbiran lama.

Katanya sekiranya benar dakwaan yang beliau ada meluluskan sebarang lesen pembalakan dalam tempoh setahun ini, ia akan memakan masa yang lama untuk dijalankan kerana melibatkan beberapa proses seperti penandaan pokok dan sebagainya.

Walau bagaimanapun ujar Menteri Besar, kerajaan negeri sentiasa menitik beratkan kualiti alam sekitar dengan mengamalkan pembalakan secara lestari.

Pada masa sama beliau turut berharap agar pihak media dapat terus membantu kerajaan negeri dalam memberi penerangan yang sebenarnya kepada orang ramai tentang isu tersebut dan tidak hanya terlalu mencari berita-berita sensasi.

“Jika selepas ini ada berita tentang orang yang datang dari Kuala Lumpur umpamanya, yang sekali-sekala masuk ke hutan dan mempengaruhi Orang Asli untuk menggagalkan industri pembalakan, cerita sekali yang 48 peratus muka bumi di Perak masih dilitupi hutan.

“Ceritakan sekali yang kerajaan negeri mengadakan pembalakkan lestari, bukan sengaja menebang semua pokok sesuka hati. Ceritakan juga ia untuk hasil kepada negeri dan dapat disalurkan untuk membantu golongan yang susah.

“Terangkan kepada rakyat. Bukan sekadar untuk mensensasikan satu-satu berita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada satu sesi temu bual khas Setahun Pakatan Harapan (PH) Menerajui Perak di Kediaman Rasmi Lama Menteri Besar Perak, di sini, pada Ahad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");