Berita Hari Ini

Tetak, Bawa Lari Pergelangan Tangan Mangsa

ALOR SETAR: Seorang lelaki warga Thailand putus pergelangan tangan kanan dan cedera di kepala selepas ditetak sekumpulan lelaki di Kampung Changkat Setol, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek turut membawa bersama pergelangan tangan mangsa yang putus ketika mereka melarikan diri.

Kejadian berlaku apabila tiga daripada empat suspek yang menaiki motosikal dipercayai memecah masuk rumah mangsa sebelum menyerangnya menggunakan parang.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah dan mekanik separuh masa cuba melarikan diri keluar dari rumah, namun dikejar dan ditetak di pergelangan tangan kanan.

Isteri mangsa yang menyaksikan kejadian itu turut mengalami kecederaan ringan ketika cuba menyelamatkan dua anaknya daripada diserang sebelum sempat melarikan diri ke kebun getah berhampiran.

Semua suspek kemudian bertindak melarikan diri dan membawa bersama pergelangan tangan mangsa yang putus.

Motif kejadian dipercayai berpunca daripada salah seorang suspek yang dipercayai tidak berpuas hati kerana mangsa enggan membantu mengubahsuai motosikalnya supaya menjadi lebih laju.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan mangsa sedang dirawat di Hospital Jitra.

Beliau berkata, pihak polis sedang mengesan semua suspek berdasarkan keterangan mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata,” katanya.- BHarian

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");