Perak Hari Ini

Tiada Keperluan Dr Maszlee Letak Jawatan Tetapi Perlu Adakan Perbincangan Antara Pemimpin

IPOH- Pemuda Amanah Perak memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya menghentikan segala cubaan hasutan berbaur perkauman berhubung isu kuota pengambilan pelajar ke Program Matrikulasi.

Ketuanya, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim menegaskan bahawa tindakan berkenaan adalah sesuatu yang sia-sia dan tidak mendatangkan sebarang faedah dan kebaikan kepada pendidikan negara.

Tambah beliau, tiada sebarang keperluan untuk Dr Maszlee Malik meletakkan jawatan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia disebabkan isu berkenaan.

“Berdasarkan kepada prestasi beliau dalam menerajui KPM, rekod menunjukkan banyak inisiatif yang telah dan sedang diperkenalkan dalam memacu pendidikan negara ke arah sistem yang lebih baik pada masa hadapan,” katanya menurut satu kenyataan.

Dalam pada itu katanya mengulas isu berkenaan, perkara tersebut bertujuan untuk memberi peluang agar data dan maklumat terperinci dapat dibentangkan penilaian, sama ada tujuan serta matlamat asal program ini telah tercapai atau pun sebaliknya sebelum apa-apa tindakan berkaitan kuota pengambilan ditentukan.

“Pada ketika ini, kami melihat kuota sedia ada dan pengumuman penambahan jumlah pengambilan daripada 25 000 kepada 40 000 tempat kepada pelajar untuk program ini dikekalkan dan diteruskan,” katanya.

Katanya lagi, mereka turut berpandangan supaya program Tingkatan 6 untuk pelajar-pelajar mengambil SIjil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diperkasakan dan dinilai sama ada wujud keperluan bagi menambah bilangan tempat.

“Perkara tersebut sebagai satu langkah bagi memberi lebih peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian.

Disamping itu tambah beliau, pihak kerajaan juga digesa supaya memperbanyakkan program berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan industri dalam dan luar negara bertepatan dengan gelombang Revolusi 4.0 yang pesat berkembang pada hari ini.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik telah mengeluarkan kenyataan berkaitan keperluan fasih bahasa Mandarin untuk memohon pekerjaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");