Perak Hari Ini

Tiada Perbincangan Mengenai Lapangan Terbang Baharu

IPOH- Sebelum Pilihanraya Umum PRU-14 yang lalu, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan satu hadiah kepada negeri Perak iaitu untuk mewujudkan sebuah lapangan terbang baharu di Seri Iskandar seiring dengan Manifesto Barisan Nasional (BN).

Namun kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, tiada sebarang perbincangan dibuat mengenai Lapangan Terbang Seri Iskandar tersebut.

Katanya, kerajaan negeri kini dalam usaha membentangkan cadangan untuk memperbesarkan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang sedia ada.

“Taklimat telah dibuat semasa masyuarat exco kerajaan negeri yang lalu dimana cadangan tersebut adalah satu perkara yang menarik.

“Perkara ini akan dibawa untuk perbincangan lanjut bersama pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia kerana pihak kerajaan negeri tidak boleh membuat sebarang keputusan bagi kerajaan pusat.

“Namun begitu, kerajaan negeri Perak sentiasa mengalu-alukan kerjasama dari pihak swasta untuk membangun serta menaiktaraf LTSAS,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Program Penyediaan Bubur Lambuk Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama kakitangan MBI di Dataran MBI di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, beliau berasa begitu kagum dengan apa yang dilakukan oleh pihak MBI melalui program tersebut dimana dapat memupuk semangat gotong royong dan sepasukan.

“Saya harap perkara seperti ini dapat diteruskan dan usaha sebegini dapat dilipatgandakan lagi kerana program sebeginilah yang akan mewujudkan peribadi seseorang manusia,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");