Berita Hari Ini

TNB Nafi Terima Arahan Naikkan Tarif Elektrik

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan satu mesej yang tular di media sosial kononnya ahli lembaga pengarahnya telah menerima arahan daripada kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 30 peratus.

“Mesej tersebut, yang kononnya ditulis oleh seorang pekerja TNB adalah palsu dan tidak berasas.

“Selain itu, TNB tidak mempunyai warga kerja seperti yang dinamakan dalam mesej berkenaan,” kata TNB dalam satu kenyataan pada Rabu.

TNB menasihatkan orang ramai agar mengabaikan mesej tersebut dan tidak berkongsi dengan pihak-pihak lain.

Untuk makluman, TNB tidak menetapkan tarif elektrik sebaliknya ia dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Tenaga.

Pada Rabu Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah mengarahkan Suruhanjaya Tenaga untuk menyiasat aduan pengguna mengenai bil elektrik yang tinggi yang dikenakan TNB.

Menterinya, Yeo Bee Yin berkata pihaknya menerima lebih 300 aduan dari seluruh negara berhubung isu bil elektrik tinggi itu dan Suruhanjaya Tenaga akan mengambil tempoh 14 hari untuk menyiasat sama ada aduan itu adalah kesilapan TNB lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");