Perak Hari Ini

Transaksi Bayaran Kompaun MDCH Kini Dihujung Jari

IPOH- Majlis Daerah Cameron Highland (MDCH) telah melancarkan satu mekanisma pembayaran secara dalam talian kepada pelancong yang dikenakan kompaun atas kesahan meletak kenderaan tanpa menunjukkan kupon meletak kereta.

Yang Dipertuanya Datuk Zainal Abidin Md Amin berkata, semakin ramai pelancong dan pengunjung yang hadir telah terkejut dengan satu perkara baru yang tidak pernah wujud selama ini dimana dulunya tempat letak kereta adalah percuma tetapi bermula pada 1 Oktober tahun lalu telah dikenakan bayaran untuk meletak kenderaan seperti yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain.

“Ekoran daripada perkara tersebut, ramai daripada pengunjung yang membawa kenderaan tidak menyedari akan perubahan yang berlaku dan saman juga telah dikenakan.

“Tambahan pula, timbul pelbagai persoalan dalam kalangan pengunjung bagi mewujudkan satu mekanisma untuk memudahkan mereka membuat pembayaran saman yang telah dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Majlis Pelancaran JomPAY untuk MDCH bersama Ambank (M) Berhad dan Payments Network Malaysia Shd Bhd (PayNet) di Hotel Weil di sini, hari ini.

Selain itu katanya, mekanisma JomPAY oleh Ambank (M) Berhad dan PayNet telah menjadi satu titik tolak kerjasama antara majlis daerah dengan negeri Pahang sendiri.

Pengguna JomPAY bukan sahaja boleh menggunakan perbankan Ambank sahaja tetapi lebih dari 42 buah bank yang dapat digunakan oleh pengguna individu secara keseluruhan.

Para pengguna boleh melayari laman web www.jompay.com.my bagi sebarang pembayaran kompaun, cukai pintu dan sebagainya.

Dalam pada itu kata, Pengarah Kewangan Dan Pentadbiran PayNet, Firdaus Ghani, penggunaan bukan juga dapat memudahkan, mempercepatkan malah transaksi tersebut selamat dengan menggunakan nombor telefon bimbit, nombor kad pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");