Sukan Hari Ini

Trofi Liga Europa Milik Chelsea

BAKU: Eden Hazard menjadi sumber inspirasi ‘The Blues’ selepas membantu pasukannya menjulang piala Liga Europa awal pagi tadi.

Chelsea membelasah Arsenal 4-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Olimpik Baku, Azerbaijan.

Selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, skuad bimbingan Maurizio Sarri mula mengganas sebaik babak kedua bermula.

Olivier Giroud membuka jaringan pada minit ke-49 bagi melakarkan malam gemilang buat Chelsea.

Chelsea yang terus menggandakan asakan mendahului Arsenal 3-0 hasil jaringan Rodriguez Pedro dan Hazard masing-masing pada minit ke-60 dan 65.

Cubaan Arsenal untuk bangkit menerusi Alex Iwobi pada minit ke-69 tidak membuahkan hasil apabila Hazard menambah gol peribadi kedua pada minit ke-72.

Sebaik wisel penamat ditiupkan, keputusan kekal Chelsea 4, Arsenal 1.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");