Perak Hari Ini

Usul Had Umur Minimum Perkahwinan 18 Tahun Akan Dibawa Ke Sidang DUN

IPOH: Kerajaan Perak berkemungkinan akan membawa usul tentang cadangan penyelarasan perundangan berkaitan menaikkan kadar umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sesi yang akan datang.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, walau bagaimanapun secara dasarnya kerajaan negeri bersetuju dengan perkara tersebut sebagaimana yang telah dicadangkan di peringkat Persekutuan, tahun lalu.

“Kita pada dasarnya telah bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan namun, kita masih belum membawanya ke Sidang DUN untuk ia dijadikan undang-undang.

“Kita harap ia dapat dibawa ke Sidang DUN pada sesi Julai nanti jika sempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Pelancaran Buku Panduan Keselamatan dan Perlindungan Diri Kanak-kanak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abu Bakar Said; barisan Exco Kerajaan Negeri serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak, Ruhaini Zawawi.

Mengulas tentang usaha yang julung kali diwujudkan di negara ini itu, Menteri Besar berharap agar buku tersebut dapat diperluaskan kepada semua golongan masyarakat khususnya ibu bapa, guru dan kanak-kanak.

“Penting untuk ibu bapa memberi kesedaran dan pengetahuan kepada anak-anak mereka tentang adalah menjadi satu kesalahan sekiranya ada sesiapa menyentuh badan mereka dengan keadaan yang tidak sopan.

“Jika ia berlaku anak-anak mesti beritahu pada orang lain. Terutama pada kanak-kanak perempuan. Jangan malu, dan takut. Yang bersalah atau mendera kita itu harus yang takut,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Wong May Ing berkata daripada 540,000 buku yang dicetak, sebanyak 373,000 akan diagihkan kepada 1,102 sekolah di seluruh negara.

Manakala selebihnya, ia akan diagihkan kepada jabatan-jabatan kerajaan, pusat jagaan kanak-kanak dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Jelasnya buku panduan tersebut mempunyai empat siri bahasa iaitu Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil selain siri Bahasa Inggeris akan terbitkan dalam bentuk atas talian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");