Perak Hari Ini

Video Penguatkuasa PBT Tembak Anjing Liar Dapat Kecaman

IPOH: Baru-baru ini tersebar satu video di laman sosial yang memaparkan seorang penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) menembak seekor anjing.

Video tersebut mendapat cemuhan gara-gara pihak PBT yang menggunakan kaedah menembak haiwan liar dimana ia bertentangan dengan penguatkuasaan Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam Low Guo Nan berkata, menurut akta tersebut, membunuh haiwan liar seperti anjing dengan menembaknya merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan.

“Mana-mana pihak yang melanggar subseksyen tersebut boleh disabitkan kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

“Insiden membunuh anjing dengan menembak menggunakan senjata api pernah berlaku di Kampung Simee pada awal tahun Februari, dan kini insiden yang sama berlaku lagi dengan penguatkuasa PBT yang sama melakukan perkara ini,” memetik satu kenyataan yang dikeluarkan.

Ujar Low Guo lagi, beliau tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya terhadap anggota penguatkuasa tersebut kerana mereka hanya menjalankan tugas yang diarahkan oleh pihak atasan, jadi pihak yang terlibat perlu bertanggungjawab atas insiden ini.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan juga pihak berkenaan yang meluluskan dan mengarahkan operasi tersebut di mana semua individu yang terlibat ini seumpama mengabaikan Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang sedia ada,” katanya lagi pada satu kenyataan.

Pada perkembangan sama, beliau juga telah membuat satu laporan polis selepas melihat sebuah video viral di media sosial yang menunjukkan seorang penguatkuasa PBT sedang menembak seekor anjing liar dan difahamkan lokasi tersebut adalah di County Valentine, di sini.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");