Perak Hari Ini

Wajibkan Peniaga Bazar Ramadhan Memakai Sarung Tangan

IPOH- Kerajaan negeri mewajibkan supaya kesemua peniaga yang berniaga di bazar Ramadhan untuk memakai sarung tangan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, A. Sivanesan berkata, penegasan dibuat kerana terdapat peniaga yang degil dan tidak memakai sarung tangan ketika menjalankan urus niaga makanan.

Sivanesan dalam masa yang sama, meminta supaya pelanggan sendiri dapat menegur peniaga yang tidak mengenakan sarung tangan kerana para pembeli mempunyai hak untuk mendapatkan makanan yang selamat dan bersih.

“Perkara ini bukan sahaja tugas yang diberi kepada kami tetapi sebagai orang awam mereka juga perlu berwaspada kerana mereka membayar untuk makananan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temual semasa menjalankan operasi keselamatan makanan bersama pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Bazar Ramadhan Stadium Ipoh, di sini, hari ini.

Dalam pada itu tambah beliau, pihaknya telah mengeluarkan laporan mingguan untuk memastikan bahawa pemantauan, analisa yang diambil serta kajian dijalankan terhadap makanan yang dijuak di situ.

“Pihak kami telah turun ke padang untuk memastikan makanan yang dijual di bazar Ramadhan berada dalam keadaan bersih dan tidak ada sebarang kontaminasi.

“Mulai 13 Mei 2019, sebanyak 1,704 buah gerai di bazar Ramadhan telah diperiksa, dengan 1,575 buah gerai mendapat markah penilaian melebihi 80 peratus.

“Jadi mereka telah berjaya dalam penilaian berkenaan tetapi pada masa yang sama, sebanyak 16 notis kesalahan Seksyen 32B Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan- Peraturan Makanan 2009 seperti tidak mengambil suntikan makanan typhoid,” katanya.

Tambah beliau, setakat ini seramai 4,033 pengendali makanan telah diperiksa, sebanyak 61 sampel makanan telah diambil iaitu 54 sampel makanan untuk analisa microbiologi dan lima sampel analisa kimia serta dua sampel untuk analisa fizikal.

“Analisa yang dibuat agak memuaskan tetapi pemeriksanaan akan tetap dijalankan dari semasa ke semasa.

“Jaminan telah diberi bahawa makanan-makanan yang dibekalkan serta dijual dalam keadaan baik dan bersih kecuali makanan yang dimasak di rumah dan dibawa untuk dijual,” katanya.

Tegas Sivanesan lagi, jika berlaku sebarang kesalahan, pihaknya tidak akan berdiam diri dan tindakan sewajarnya akan diambil.

“Jika ada sebarang aduan, maka pihak kerajaan negeri serta pihak berwajib akan turun padang kerana kita tidak suka buat perkara seperti ini tetapi ini adalah satu keperluan untuk memastikan pelanggan mendapat hak yang sewajarnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");