Berita Hari Ini

Wanita Dikhuatiri Lemas Masih Belum Ditemui Lagi

IPOH: WANITA yang dipercayai terjatuh ke Sungai Pinji, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Pegoh, Ipoh semalam masih belum ditemui selepas hampir 24 jam kehilangannya dilaporkan.

Dalam kejadian 6 petang semalam, mangsa berusia 24 tahun yang menunggang motosikal dipercayai terbabit kemalangan atau terbabas sebelum terjatuh ke sungai itu dan gagal ditemui.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Mohamad Fadzeli Che Husin berkata, setakat 2 petang hari ini mangsa masih gagal ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan.

Menurutnya, SAR disambung semula 8.30 pagi hari ini membabitkan 12 anggota bomba dan tiga Unit Anjing Pengesan (K9) melalui pencarian dipermukaan sungai.

“Kawasan pencarian dari lokasi mangsa dipercayai jatuh di Sungai Pinji hingga ke kawasan pertembungan antara sungai itu dengan Sungai Kinta membabitkan 4.4 kilometer.

“Semalam kita menggunakan khidmat anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) namun ia tidak bersesuaian kerana paras air sungai cetek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Fadzeli berkata, ketika kejadian semalam arus sungai kuat susulan hujan lebat di hulu sungai dan kejadian mangsa lemas itu dipercayai sempat dirakam orang awam, namun usaha mencari mangsa sehingga kini belum berjaya.

“Motosikal mangsa yang dipercayai terbabas atau kemalangan itu ditemui di jambatan tempatnya dipercayai terjatuh.

“Operasi akan dijalankan sehingga 7 malam ini atau bergantung keadaan cuaca,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");