Berita Hari Ini

Warga Emas Diseret Peragut Bermotosikal

ALOR SETAR: Seorang lelaki warga emas cedera di lengan dan kaki selepas diseret oleh peragut bermotosikal di kawasan Pasaran Bilion, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa Choo Tar Cheang, 66, yang sedang berbasikal seorang diri didatangi dua motosikal yang dinaiki tiga suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata salah seorang suspek iaitu yang menaiki motosikal berseorangan menarik beg tangan mangsa.

“Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa terseret beberapa meter.

“Malah perbuatan suspek itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian lengan kiri dan kanan serta kaki kiri dan kanan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak dapat mengecam wajah suspek.

“Kita kini dalam proses mengesan semua suspek yang terbabit dalam jenayah berkenaan.

“Perbuatan mereka itu dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dari dua rumah berdekatan lokasi,” katanya.

Mohd Rozi berkata, mangsa mengalami kerugian RM300 dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");