Panasnya Hari Ini

Zaharudin Sedia Lawan Habis-habisan Jika Kes ‘Kartel Dedak’ Cuba Disembunyikan

KUALA LUMPUR: Bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS, Zaharudin Muhammad, menyambut baik langkah drastik PAS melarang semua ahlinya membincangkan masalah dalaman parti di laman sosial.

Bagaimanapun, menantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menegaskan beliau akan lawan berhabis-habisan jika ada pihak tertentu cuba menyembunyikan masalah kewujudan ‘kartel dedak’ dalam PAS di ‘bawah karpet’.

“Alhamdulillah. Semoga dapat diselesaikan secara tertutup. Tetapi jika ada usaha untuk simpan bawah karpet, InsyaAllah saya akan lawan,” katanya menerusi status di Facebooknya, pada Selasa, lapor BH Online.

Beliau turut memuat naik gambar salinan kenyataan media PAS pusat yang ditandatangani Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berhubung arahan pewartaan perintah larangan terhadap ahli parti itu supaya tidak membawa, membincang dan membahaskan sebarang isu membabitkan urusan parti dalam semua bentuk media, berkuat kuasa serta-merta.

Takiyuddin ketika memaklumkan perintah itu mengingatkan ahlinya bahawa sebarang pandangan, pendapat, cadangan atau kritikan mesti disuarakan melalui saluran parti di pelbagai peringkat.

Mengulas lanjut perkara itu, Zaharudin memberi kesimpulan terhadap dua perkara iaitu, pertama kes berkenaan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin parti.

Beliau berkata, kedua pula ia dapat membantu memperbetulkan persepsi tiga perkara.

“Fitnah kata PAS, TG (Tuan Guru) Presiden dan MSU (Majlis Syura Ulama) setuju dan ambik dedak.

“Fitnah kata saya lawan tok guru sebab tok guru sebab setuju dengan dedak dan saya lawan dedak.

“Fitnah kata saya rakam audip (audio) YBNA (Yang Berhormat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz), swbar (sebar) dan serah ke Sarawak Report,” katanya.

Zaharudin berkata, beliau berharap berlaku perbincangan sihat dan ilmiah untuk menentukan sesuatu sikap dan pendirian berhubung isu berkenaan.

“Insya-Allah selepas ini saya ingin coretkan secara ilmiah berkenaan isu-isu berkaitan integriti dan politik wang tanpa menyentuh isu-isu parti dan larang yang telah dibuat Pekeliling oleh SUA (Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan),” tulisnya..

Zaharudin turut memohon maaf kepada semua pihak terutama kepemimpinan tertinggi PAS kerana pendedahan yang dibuatnya sebelum ini.

“Semoga Allah menunjukkan yang benar itu sebagai benar dan yang batil itu sebagai batil,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");