Perak Hari Ini

100 NGO Manfaatkan Portal Digital Perak

IPOH: Hampir 100 badan bukan kerajaan (NGO) di Perak telah memanfaatkan Portal Perak Digital bagi mendaftar dan memohon bantuan dana daripada kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & NGO Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata antara permohonan NGO yang telah diluluskan kebanyakkannya adalah NGO yang berbentuk keagamaan, kebajikan dan keselamatan.

Katanya inisiatif yang mula diperkenalkan sejak 1 April itu merupakan sebagai langkah mengalakkan pembudayaan digital dalam kalangan NGO.

Tambahnya ia juga dapat menjimatkan perbelanjaan dan masa permohonan dana sesebuah NGO kepada kerajaan negeri, di bawah portfolio beliau.

Selain itu ujarnya beliau dalam perancangan untuk melibatkan kerjasama dengan pejabat Exco kerajaan negeri yang lain dalam inisiatif tersebut.

“Saya cuba berkongsi aplikasi ini dengan Exco yang lain supaya kita dapat selaraskan semua permohonan.

“Ini kerana berlaku situasi apabila terdapat beberapa pejabat Exco atau berlainan portfolio yang meluluskan dua ke tiga permohonan untuk NGO yang sama.

“Jika dapat kita lakukan ini, ia mampu menjimatkan kewangan kerajaan negeri dan tidak perlu kita meluluskan banyak permohonan hanya untuk satu NGO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada satu Majlis Berbuka Puasa dan meraikan anak-anak yatim di Hotel MH di sini, hari ini.

Ia turut disertai wakil-wakil daripada beberapa agensi, NGO dan badan-badan korperat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");