Berita Hari Ini

115 Juta Lelaki Kahwin Bawah Umur

LONDON: Sekitar 115 juta lelaki dikahwinkan di bawah umur dengan satu dalam lima berkahwin sebelum berusia 15 tahun, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Memetik laporan Harian Metro, berdasarkan data di 82 negara, UNICEF mendapati Republik Afrika Tengah mencatatkan kelaziman tertinggi pengantin kanak-kanak lelaki dengan 28 peratus diikuti Nicaragua (19 peratus) dan Madagascar (13 peratus).

UNICEF berkata, kanak-kanak lelaki yang mendirikan rumah tangga terpaksa berhenti sekolah, mempunyai peluang ekonomi terhad, terdedah kepada penderaan dan kesihatan mental.

Menurut UNICEF, data itu menjelaskan seramai 765 juta dari 2.2 juta kanak-kanak lelaki dan perempuan di seluruh dunia sudah berkahwin.

Kira-kira satu dalam lima wanita berusia 20 hingga 24 tahun berkahwin sebelum usia 18 tahun berbanding satu dalam 30 bagi lelaki, kata UNICEF.

Sekiranya semua perempuan menamatkan sekolah menengah, lebih 50 juta pengantin kanak-kanak boleh dibendung menjelang 2030.

PBB berkata setiap negara harus menamatkan perkahwinan kanak-kanak menjelang 2030 seperti dipersetujui dalam matlamat pembangunan global pada 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");