Berita Hari Ini

3 Sekeluarga Maut, 8 Lagi Cedera 2 Kereta Bertembung

MERSING: Tiga sekeluarga maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Endau-Mersing, berhampiran Hutan Lipur, di sini pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 11 pagi tadi itu membabitkan Proton Wira dinaiki lima beranak dan Proton Exora yang dinaiki enam individu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata siasatan awal mendapati kereta Proton Wira dinaiki lima beranak dalam perjalanan dari arah Endau ke Mersing itu dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

Katanya, Proton Wira itu kemudian bertembung dengan Proton Exora menyebabkan pemandu lelaki, Mohd Safar Zakaria, 34, dan isterinya, Nurul Jannah Talib, 29, di tempat duduk penumpang hadapan Proton Wira, maut di tempat kejadian.

“Seorang anak mereka, Muhammad Darwisy Mohd Safar, 4, disahkan meninggal dunia di Hospital Mersing ketika sedang mendapatkan rawatan. Semuanya berasal dari Taman Mewah, Kulai.

“Dua mangsa menaiki Proton Wira dan enam lagi yang menaiki Proton Exora mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Mersing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Cyril berkata mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Badrulhisyam Mohamad, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.13 pagi tadi.

“Sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dikerah ke lokasi kejadian sebelum mendapat bantuan sebuah lagi jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");