Berita Hari Ini

350,000 Akaun Bank Diwujudkan Atas Nama Isteri Pemohon BSH

PUTRAJAYA – Lebih 300,000 penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 yang tidak dapat dikreditkan bayaran ke dalam akaun bank masing-masing sebelum ini boleh menarik nafas lega selepas mereka boleh membuat pengeluaran tunai mulai hari ini.

Memetik Kosmo Online, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pengeluaran itu boleh dibuat berikutan Bank Simpanan Nasional (BSN) berjaya mewujudkan hampir 350,000 akaun bank baharu secara automatik atas nama isteri pemohon BSH mulai semalam.

“Sehubungan itu, penerima berkenaan boleh hadir ke cawangan BSN bagi urusan pengaktifan akaun dan seterusnya pengeluaran tunai daripada akaun mulai hari ini,” katanya di sini hari ini.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan sebelum ini tidak dapat mengkreditkan BSH fasa kedua melalui akaun bank kepada 300,000 daripada keseluruhan 3.6 juta penerima yang telah diluluskan.

” Faktor utama bayaran gagal dikreditkan ke dalam akaun bank mereka adalah nombor akaun bank yang didaftarkan tidak tepat.

“Ini terbangkit apabila antaranya pemohon mengisi nombor akaun bank suami dalam ruang untuk diisikan nombor akaun bank isteri,” katanya.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan pembayaran fasa kedua BSH 2019 akan dilakukan mulai 28 Mei lalu dengan peruntukan sebanyak RM1.42 bilion dan memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian bebas tol
1800-88-2747 serta emel kepada [email protected].

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");