Berita Hari Ini

Agong Bantu Mangsa Kemalangan Jalan Raya

KUALA LUMPUR – Para pengguna jalan raya di kawasan Putrajaya dikejutkan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya pagi tadi.

Menurut Kosmo Online, Seri Paduka Baginda Tuanku dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Istana Melawati, Putrajaya.

Mangsa kemalangan yang juga dikenali sebagai Jasliza Jamil bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius.

Selepas selesai membantu mangsa, baginda terus menyambung perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet.

Rakaman foto baginda turun dari kenderaan rasmi untuk membantu mangsa itu turut dimuat naik di laman sosial Instagram Istana Negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");