Membawang Hari Ini

Ain, Amirul Bakal Nikah 13 Disember

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Ain Edruce, 27, selamat bergelar tunangan kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz, 26, di kediaman keluarganya, di sini, sebentar tadi.

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Kekasih Paksa Rela itu dan pasangannya akan disatukan sebagai suami isteri pada 13 Disember depan.

Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce berkata, tarikh pernikahan dipilih berdasarkan persetujuan kedua-dua keluarga.

“Mengikut persetujuan kedua-dua pihak juga, majlis persandingan di sebelah keluarga saya akan diadakan pada 14 Disember, manakala acara menyambut menantu pula seminggu kemudian,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Ain yang manis dalam persalinan rona pastel rekaan Wanpa menerima sebentuk cincin, selain sembilan dulang hantaran berbalas sebelas.

Kira-kira 200 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak menyerikan majlis berkenaan.

Berkenalan dengan Amirul sejak setahun lalu menerusi Instagram, Ain berkata, dia sekali-kali tidak menyesali keputusan untuk menamatkan zaman bujang tatkala nama sedang meniti di bibir peminat lapor BHarian.

“Ramai juga yang cakap, rezeki kita akan bertambah apabila mendirikan masjid. Jadi, saya anggap fasa baharu yang akan saya lalui kelak sebagai bonus.

“Niat untuk mendirikan masjid itu sendiri sudah dikira bagus. Ia juga rezeki saya. Malah, saya tidak menganggap status sebagai isteri menjadi penghalang untuk terus mengembangkan jenama sendiri dan mencari rezeki dalam dunia seni,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");