Berita Hari Ini

Ainul Semakin Aktif Tunjuk Perkembangan Positif

Ainul Mardhiah, 9 bulan yang menjalani pembedahan buang ketumbuhan “Germ Cell Tumor” seberat 200 gram di mulutnya di sebuah hospital, di London kini semakin menunjukkan reaksi positif.

Dia yang mula sehari selepas pembedahan dilaporkan semakin aktif memetik FMT.

“Hari ini Ainul betul-betul buka mata,” tulis bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, di laman Facebook miliknya.

Bapa Ainul berusia 24 tahun itu turut berkongsi berita gembira memberitahu anak sulungnya itu akan kembali semula ke wad biasa selepas selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya Isnin lepas.

“Nurse-nurse (jururawat) yang menjaganya pun dah tak sabar nak tunggu Ainul balik wad,” tulisnya.

Dalam status tersebut, Ahmad Safiuddin turut berkongsikan gambar Ainul Mardhiah mengeluarkan tangannya dari balutan, tidak tersorok seperti sebelum ini.

Menurutnya, itulah Ainul Mardhiah yang sebenar, suka mengeluarkan tangannya, tidak suka dibalut.

“Dua hari lepas, setelah Ainul sedar dari pembedahan, perkara pertama yang dia buat adalah cuba nak keluarkan tangan dia dari balutan itu.

“Bukan main lagi dia meronta-ronta nak keluarkan tangan. Hari ni, nurse biarkan saja dia keluarkan tangan.

“Sebab bila dia keluar tangan macam ni, dia senyap. Kalau dibalut, memang tak tidur lah dia jawabnya,” tulisnya.

Ahmad Safiuddin turut menceritakan keletah lucu anaknya itu yang tidak gemar tidur berselimut.

“Kalau selimutkan dia, esok pagi tengok-tengok selimut dah jatuh bawah kaki,” ujarnya.

Pembedahan Ainul dilakukan sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai oleh Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Doktor berasal dari Malaysia, Dr Amalina Che Bakri dan Dr Julian Ong turut terlibat dalam pembedahan berisiko tinggi itu.

Ainul juga akan diajar makan menggunakan mulut.

“Selepas fasa ini selesai, berkemungkinan Ainul akan ada fasa ‘belajar makan guna mulut ‘. Doktor di sini mungkin akan cuba mengajar Ainul makan menggunakan mulut”.

“Selain pernah memiliki ketumbuhan, Ainul juga ada cleft palate (sumbing) sejak lahir dan mungkin pembedahan untuk itu dibuat selepas berat badannya mencapai 6 kilogram hingga 8 kilogram nanti,” jelas beliau melalui laman sosial itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");