Sukan Hari Ini

Aksi Uruguay-Chile Jadi Tumpuan

RIO DE JANEIRO: Pertembungan antara juara bertahan Chile dan juara 15 kali Uruguay di Stadium Maracana esok (7 pagi Selasa) bakal menjadi antara perlawanan paling menarik tumpuan pada edisi Copa Amerika kali ini.

Ia menggamit kembali memori kontroversi yang menyelubungi pertembungan antara seteru Amerika Selatan itu pada tahun 2015.

Uruguay, juara bertahan ketika itu, menamatkan aksi suku akhir di Santiago dengan sembilan pemain selepas Edinson Cavani dan Jorge Fucile dibuang padang dalam kekalahan 1-0 itu.

Kad merah Cavani paling mencetus kontroversi apabila dia dilayangkan kad kuning kedua selepas minit ke-60 kerana menampar muka pertahanan Chile Gonzalo Jara.

Reaksi Cavani itu berpunca daripada tindakan Jara menjolok punggung penyerang Uruguay itu dengan jarinya tetapi tidak dikenakan tindakan.

Uruguay cuba bertahan tetapi tewas dengan jaringan Mauricio Isla 10 minit sebelum tamat permainan.

Permainan semakin tegang di minit akhir apabila Fucile pula dilayangkan kad merah dan mencetus pertengkaran di antara pemain dan pegawai daripada kedua-dua pasukan.

Cavani dan Jara masing-masing digantung dua perlawanan manakala pengendali Uruguay Oscar Tabarez yang menceroboh ke dalam padang, digantung tiga perlawanan kerana menghina pengadil.

Ia bukan kali pertama Jara terbabit dalam kontroversi serangan seksual ke atas pemain Uruguay.

Pada tahun 2013, dia menyentuh kemaluan Luis Suarez dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia sehingga menyebabkan penyerang Uruguay itu menumbuknya.

Namun pada pertemuan Selasa ini Jara yang sudah berusia 33 tahun mungkin tidak dapat meneruskan “serangan seksualnya” kerana dia bukan lagi pilihan utama di dalam skuad Chile.

Cavani pula lebih fokus untuk memenangi perlawanan dan merebut tangga teratas Kumpulan C berbanding mengingati kisah lampau.

Uruguay perlu menang untuk menerajui kumpulan manakala Chile hanya memerlukan satu mata untuk kekal sebagai pendahulu, dan juga mencukupi buat Uruguay untuk ke suku akhir.

“Kami sedar Chile mempunyai perancangan rapi, kami sudah lama mengetahuinya, mereka cukup bersedia,” kata Cavani. “Kami sedar Chile jenis lawan yang bagaimana.” – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");