Membawang Hari Ini

Alami Sesak Nafas, Zizan Masuk Hospital

KUALA LUMPUR – Disebabkan terlalu penat bekerja, pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengalami sesak nafas sehingga dimasukkan ke hospital.

Kata Zizan atau nama sebenarnya, Mohammad Razizan Abdul Razak, bagaimanapun keadaannya sudah semakin pulih.

“Insya-Allah, saya okey. Pagi tadi (semalam) selepas subuh, saya sedikit sesak nafas. Kuat juga sebenarnya.

“Sampai saya tiada pilihan lain kena pergi hospital. Jadi sekarang masih lagi di hospital.

“Terlalu penat bekerja sampai jadi macam ini. Rehat tidak cukup. Tertekan,” kata Zizan, 35, sebagaimana dilaporkan Kosmo Online.

Menurut catatan Insta Story yang di muat naik Pelakon filem Abang Long Fadil itu sekitar 10 jam lalu, dia mungkin akan dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi.

“Mungkin sekejap lagi saya keluar. Malas duduk sini lama-lama,” kata Zizan lagi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");