Berita Hari Ini

Aliran Trafik Lancar Di Beberapa Lebuh Raya Utama Pagi Ini

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor lancar dan terkawal setakat 10 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata trafik lancar sepanjang lebuh raya PLUS, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang.

Trafik dilaporkan mulai perlahan sepanjang 5km dari Tapah ke Gopeng berikutan kerja pengalihan kemalangan malam tadi yang melibatkan sebuah lori kontena di KM311.8 arah utara dan buat masa ini lorong kiri masih ditutup.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilaporkan lancar setakat ini.

Bagaimanapun, aliran trafik tinggi dan dijangka berterusan sehingga petang dari arah ibu negara menuju ke Plaza Tol Gombak lapor Bernama.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");