Berita Hari Ini

Annuar Gelar Mujahid Menteri Jahil

Setiausaha Agung Umno menganggap salah seorang anggota kabinet PH, Dr Mujahid Yusof sebagai jahil.

Malah Annuar Musa turut menyarankan menteri terbabit agar belajar daripada salah seorang penceramah terkenal di negara ini.

“Jahilnya menteri… sila ikuti kuliah Ustaz Azhar Idrus,” ciap bekas menteri kanan itu di Twitter petang ini.

Mengiringi ciapan tersebut ialah pautan kepada berita Malaysiakini mengenai Mujahid.

Melalui berita itu Mujahid meminta umat Islam di negara ini tidak fobia dengan sebarang majlis yang diadakan di rumah ibadat agama lain selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu program seperti berbuka puasa anjuran Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir di Gudwara Shaib d Johor pada Selasa lepas tidak sepatutnya menjadi isu.

Katanya tujuan utama penganjuran majlis berkenaan adalah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Minta buat rujukan

Malah, katanya majlis itu diadakan di kawasan dewan dan bukannya dibuat di dalam tempat ibadat itu.

“Ini bukan isu yang perlu diperbesarkan, hanya sesetengah pihak sahaja yang mensensasikan isu agama, pemikiran sempit dan perkauman. Ini dibimbangi akan mewujudkan Islamofobia,” katanya.

Untuk rekod Azhar ialah tokoh yang popular kerana lawak jenakanya semasa berceramah, selain menggunakan loghat Terenganu yang tebal.

Sebelum dikenali sebagai ustaz, beliau ialah seorang pemuzik dan pernah bergiat aktif dalam dunia fotografi.

Sejak beberapa tahun lalu beliau dilihat dekat dengan PAS.

Tidak cukup dengan ciapan tersebut, Annuar kemudian turut membidas Mujahid sekali lagi.

Kali ini menggunakan pautan berita portal lain tetapi berkaitan isu yang sama juga.

“Apa maksud kamu supaya jangan takut? Tolong rujuk ulama sebab kamu bukan orang yang berkelayakan,” ciapnya dalam bahasa Inggeris.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");