Panasnya Hari Ini

Anwar Tak Setuju Desakan Supaya Azmin Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR.

Beliau juga menegaskan tidak sependapat dengan setiausaha politiknya itu berkenaan isu video lucah yang mengandungi aksi seks luar tabii, didakwa membabitkan Mohamed Azmin.

Sebaliknya, Presiden PKR itu menggesa kepimpinan dan ahli parti supaya menggunakan saluran yang betul dalam mengendalikan isu tersebut.

“Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Farhash Wafa berkenaan isu video serta kedudukan Azmin sebagai Timbalan Presiden Keadilan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi, lapor Astro Awani.

Sehubungan itu, Anwar meminta semua pihak dalam parti itu agar menyerahkan segala tugas siasatan kepada pihak berkuasa.

“Sekali lagi saya menggesa pimpinan dan ahli parti supaya menggunakan saluran yang betul dan menyerahkan tugas siasatan isu ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” tambahnya.

Anwar mengeluarkan kenyataan demikian sebagai kenyataan balas kepada Farhash Wafa yang juga Pengerusi PKR Perak.

Sebelum ini, Farhash Wafa menurut laporan theSun, meminta Azmin meletak jawatan sekiranya didapati bersalah berhubung video intim yang tular, baru-baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");