Perak Hari Ini

Armada Bersatu Gerik Sokong Penuh Pendirian Tun M

IPOH – Armada Bersatu Bahagian Gerik menyokong penuh pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Malaysia untuk tidak mengekstradisi Dr Zakir Naik.

Ketuanya, Dr Ahmad Safwan Mohamad berkata, perkara tersebut bersesuaian dengan hak Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.

“Walaupun hak tersebut dipersoalkan oleh beberapa pimpinan, telah jelas bahawa Tun M sendiri dilafazkan bahawa tiada sesiapa yang berhak menekan negara ini kerana Malaysia mempunyai pendapat sendiri dalam sebarang isu, termasuklah isu keadilan terhadap Dr Zakir Naik.

“Umum mengetahui individu ini adalah penceramah Islam yang jelas menentang kekerasan antara agama,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Dr Zakir juga jelas sekali sering bersuara membantah tindakan-tindakan ekstremisme.

“Beliau turut mempunyai siaran TV yang mempromosikan keamanan, dengan nama PEACE TV,” katanya.

Namun begitu tambah beliau, memang ada pihak yang membuat tuduhan juga terpalit dengan siri-siri ketidakadilan ke atas umat Islam yang tidak boleh disangkal lagi.

“Kekhuatiran yang disuarakan oleh Tun tentang kemungkinan beliau tidak akan diadili dengan baik adalah suatu kekhuatiran yang nyata.

“Armada Bersatu berpendapat bahawa, sebarang kenyataan yang mempertikaikan tindakan Tun M ini adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak menghormati beliau sebagai pemimpin utama di negara kita,” katanya.

Tegas beliau, amatlah penting bagi kita bersama-sama berada di belakang Tun sebagai Perdana Menteri negara Malaysia yang berdaulat ketika negara luar mahu mengambil kesempatan menekan negara kita ini.

“Walaupun dalam era Malaysia Baru setiap rakyat berhak menyuarakan pendapat mereka, namun pada masa kritikal sebegini, kita perlu bersatu hati mempertahankan hak dan maruah negara kita,” katanya.

Tambah beliau lagi, mereka yakin bahawa Tun cukup bijaksana dalam menguasai suasana geopolitik dunia sekaligus mampu menjaga hubungan diplomatik yang baik antara Malaysia dan India.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");