Perak Hari Ini

Armada Perak Gesa Tindakan Tegas Terhadap Umno Berhubung Kes 1MDB

IPOH- Armada Bersatu Perak telah mengemukakan laporan kepada Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)berhubung kes tanah haram yang diterima oleh UMNO melalui wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketuanya, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata SPRM baru-baru ini telah membuat pendedahan berhubung sejumlah wang bernilai RM212 Juta telah dimasukkan ke dalam akaun bank UMNO.

Katanya, perkara ini merupakan satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan kerana wang 1MDB sepatutnya digunakan untuk kepentingan negara dan bukan digunakan untuk menaja mana-mana parti sekalipun.

“Tindakan memindahkan dana dengan jumlah yang begitu besar ini menunujukkan bahawa terdapat salah laku iaitu penyalahgunaan kuasa serta penggunaan duit rakyat oleh Umno.

“Andai dibiarkan perkara ini tanpa tindakan tegas, akan menjadi ikutan pada masa akan datang dan perkara yang sama akan berlaku semula,” katanya dalam satu sidang media di pejabat ROS, di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.

Tambah beliau, tindakan perlu dikenakan kepada Umno sebagai peringatan dan pengajaran kepada semua.

“Penerima wang seperti ini adalah haram serta salah disisi undang-undang negara,” katanya.

Tegas beliau, tindakan perlu dapat diambil terhadap Umno mengikut undang-undang atau peruntukan yang ada dalam pertubuhan pendaftaran.

“Pihak kami sentiasa menjunjung tinggi ketulusan dan integriti dalam amalan berpolitik,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");