Panasnya Hari Ini

Azmin Beri Keterangan Kepada Polis Semalam

PUTRAJAYA: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah memberi keterangan kepada polis semalam, berhubung isu video seks yang dikaitkan dengannya.

Memetik laporan BH Online, Peguam Mohamed Azmin, N Surendran, dalam satu kenyataan hari ini, berkata kenyataan diberikan Mohamed Azmin bagi membantu polis dalam siasatan penyebaran video berkenaan.

“Saya merujuk kepada siasatan susulan laporan polis yang dibuat oleh Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, yang menggesa agar siasatan ke atas penyebaran video seks palsu. Video itu adalah serangan fitnah dan bermotif politik terhadap Mohamed Azmin.

“Pejabat Menteri telah dihubungi polis pada Ahad untuk merakamkan kenyataan Mohamed Azmin sebagai sebahagian daripada siasatan.

“Mengutamakan perkara itu, semalam Mohamed Azmin memberi kenyataan kepada polis untuk membantu dalam penyiasatan mereka,” katanya.

Surendran berkata, terdapat tanda yang jelas dan usaha teratur dan sistematik untuk menjatuhkan Menteri menerusi serangan palsu dan berniat jahat itu.

“Pelakunya mempunyai akses kepada data peribadi ahli parti dan jelas mempunyai agenda politik.

“Kami percaya polis akan melakukan siasatan sepenuhnya dan mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap dalangnya mengikut undang-undang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");