Berita Hari Ini

Azmin digesa terima cabaran Haziq di mahkamah

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali menerima cabaran untuk membersihkan namanya di mahkamah.

Abdullah Sani berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mencabar Azmin untuk membawa kes berkaitan klip video seks yang dikaitkan dengannya ke mahkamah.

Kata Abdullah Sani, hanya dengan cara itu orang ramai dapat melihat kebenaran di sebalik kontroversi berkenaan.

“Pada peringkat awal saya tidak tahu cerita sebenar tetapi sekarang budak itu (Haziq) sudah mencabar dia di mahkamah jadi bagi saya ini sudah terlampau berat.

“Jadi saya minta dia menerima cabaran ini dengan memfail laporan polis dan kemudian masuk ke mahkamah. Kemudian biar rakyat lihat siapa yang benar dan menipu,” kata Abdullah Sani dipetik Utusan Malaysia.

Pada 23 Jun lalu, Haziq yang mengaku sebagai salah seorang lelaki dalam video seks berkenaan dan mendakwa Azmin individu yang bersamanya, mencabar timbalan presiden PKR itu membuat laporan polis terhadapnya.

Selain itu, pemuda berusia 27 itu juga turut mencabar Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika isu klip video seks dan dakwaan yang dilemparkannya adalah fitnah.Haziq sebelum ini menyorot bahawa polis telah mengambil keterangan Azmin dan laporan polis pula hanya dibuat oleh setiausaha politiknya, Muhammad Hilman Idham.

Azmin menafikan terlibat dalam video seks itu dan menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Bagaimanapun, Haziq menegaskan sekali lagi bahawa dia dan Azmin merupakan individu dalam klip video seks sejenis itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");