Berita Hari Ini

Bekalan Air Di Klang Pulih Sepenuhnya

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan gangguan bekalan air di Klang, Selangor, berikutan kejadian paip utama di Setia Alam yang pecah kelmarin, pulih sepenuhnya.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad dalam satu kenyataan berkata, status itu berdasarkan pemantauan dan bacaan tekanan di sistem agihan, bekalan air di semua kawasan yang terjejas ekoran insiden paip utama yang pecah.

“Pihak kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit, khususnya pelanggan atas kerjasama sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan,” katanya hari ini.

Syabas menasihatkan pengguna untuk melayari laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook ‘Air Selangor’, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store untuk maklumat berhubung bekalan air mereka lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");