Membawang Hari Ini

Bekas Suami A.Aida Suspek Utama Kes RM200,000 Hilang

Baru-baru ini, produser terkenal Datuk A.Aida mendedahkan beliau mengalami kerugian sebanyak RM200,000 akibat kes curi. Menurut satu sumber, kes tersebut melibatkan individu yang rapat dengannya.

Susulan laporan polis yang dibuat pada 21 Jun lalu, segala persoalan bakal terjawab apabila bekas suaminya, pelakon Ariff Aziz dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya berjaya menjejaki Ariff Aziz Selasa lalu dan mengesahkan pelakon itu merupakan suspek utama kes berkenaan.

“Suspek adalah bekas suami A. Aida sendiri. Bagaimanapun, pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya

“Kami rampas telefon bimbit suspek untuk mendapatkan maklumat seterusnya terutama berkaitan transaksi yang dibuat,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, pihak polis memberitahu mereka memerlukan sedikit masa lagi bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum pendakwaan dibuat.

Terdahulu, dalam laporan polis yang dibuat, A.Aida menamakan individu terdekat dengannya telah membuat dua transaksi pindahan pelaburan ke akaun tidak dikenali.

Dalam laporan menyebut hanya individu itu sahaja mempunyai segala butiran peribadi penerbit itu untuk tujuan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");