Berita Hari Ini

Beraya lah Dalam Lokap…

AKIBAT terdesak hendak cari duit raya, dua bersahabat nampaknya terpaksa bertakbir raya dalam lokap selepas ditahan ketika cuba memecah tabung sebuah surau di Kampung Permatang Pantai, Merlimau di Jasin, semalam.

Difahamkan, ketika kejadian 12.45 tengah hari semalam, dua lelaki berusia 42 dan 45 tahun itu, dalam keadaan mencurigakan di Surau Kampung Merlimau Pantai, sebelum ditahan penduduk, dan diserahkan kepada polis.

Menurut sumber, seorang penduduk berusia 56 tahun yang juga pesara melihat ada lelaki duduk di kerusi berdekatan tempat letak motosikal di surau terbabit dan ada sebuah motosikal.

“Penduduk itu menunggang motosikal menghampiri lelaki terbabit, dan apabila dia hendak turun dari motosikal, kelihatan seorang lagi lelaki keluar dari pintu belakang surau berdekatan stor membawa beg sandang berwarna hitam.

“Penduduk terbabit menahan lelaki itu kerana mahu memeriksa, namun kedua-duanya enggan memberi kerjasama dan cuba larikan diri,” katanya.

Menurutnya, difahamkan tiga penduduk kampung yang melalui kawasan surau, membantu penduduk terbabit menangkap dua suspek yang dipastikan bukan penduduk tempatan, sebelum menghubungi polis untuk menahan kedua-duanya.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu yang mengesahkan tangkapan itu berkata, siasatan awal mendapati, dalam beg suspek terdapat pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk memecah tabung atau pintu.

“Siasatan dalam beng suspek menemukan spanar boleh laras, playar, pemutar skru dan dua batang besi yang dipercayai akan digunakan untuk memecah tabung dalam surau,” katanya, ketika dihubungi.

Beliau berkata, suspek pertama berusia 42 tahun beralamat di Telok Mas, Melaka dan tidak berkerja, manakala suspek kedua seorang jurukimpal berusia 45 tahun, beralamat di Pulau Pinang.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman empat hari bermula hari ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

“Kita juga akan memohon lanjutan reman selepas ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek positif ganja,” katanya.-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");