Perak Hari Ini

Berpolitik Di Masjid, Jawatankuasa Sementara Telah Dilantik

IPOH- Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) telah mengambil langkah melantik jawatankuasa sementara ekoran dari kes penggantungan seorang penolong setiausaha sebuah masjid di Hilir Perak berhubung siasatan dakwaan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming menyalahgunakan masjid untuk tujuan politik.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya juga telah menyiapkan laporan mengenai kes berkenaan dan akan disiapkan dalam masa yang terdekat.

Dalam pada itu katanya, JAIPk juga akan meneliti beberapa keingkaran pihak pengurusan institusi masjid dalam mengendali institusi berkenaan selain daripada penglibatan aktiviti politik kepartian

“Keingkaran ini adalah seperti keingkaran untuk melaksanakan solat sebanyak 21 rakaat, adanya tazkirah dipertengahan tarawih.

“Tazkirah bukanlah sesuatu perkara yang dihalang, tetapi boleh dilaksanakan sebelum dan selepas tarawih kerana ada peraturan yang menetapkan bahawa sesiapa sahaja yang ingin menyampaikan tazkirah perlu adanya kebenaran malahan jika ingin mengajar juga mereka perlu ada tauliah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temual semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri Masjid Cina di Masjid Muhammadiyah Taman Tasek Jaya anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia di sini, hari ini.

 

Katanya, pihak JAIPk tidak mahu berlaku sebarang salah faham kerana ada pihak yang mempertikaikan mengapa perkara sunat dijadikan saperti satu perkara wajib,.

“Perkara tersebut sebenarnya adalah salah satu penyeragaman dimana bagi pihak institusi masjid, imam serta jawatan kuasa yang dilantik sepatutnya mereka memahami arahan serta titah Baginda Sultan malahan mereka turut dibayar untuk melaksanakan perkara berkenaan.

“Seperti solat sunat tarawih, pengurusan masjid menetapkan supaya dilakukan sebanyak 21 rakaat, jika mereka perlu laksanakannya dan jika makmum ingin solat sunat sebanyak lapan rakaat, perkara tersebut adalah hak individu itu sendiri,” katanya.

Tambah Mohd Yusop, pihaknya bukan ingin menyekat kebebasan tersebut walaupun terdapat kepelbagaian fahaman dan latar belakang latar belakang di negeri ini namun, kadang kala perkara tersebut dicetuskan ditempat yang ada pendengar.

“Kita mahu mengawal perkara tersebut dalam menjaga keharmonian masyarakat di mana jua termasuk di masjid

“Kita tidak mahu unsur tidak baik mencemari masjid sama saperti masjid Muhammadiah ini yang mengalukan masyarakat dalam kalangan bukan Islam.

“Kita mahu masjid bersih serta bebas dari pengaruh politik kepartian, namun bukan kerana berpolitik tidak dibenarkan dalam Islam tetapi politik kepartian yang boleh menimbulkan kekacauan kepada masyarakat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");