Panasnya Hari Ini

Bertindak Segera Kes Rasuah BN, PH – Anwar

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini diketuai Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya supaya bertindak terhadap semua kes rasuah sama ada semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu, beliau mahu pimpinan PH menerima keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantik peguam itu menerajui SPRM.

Beliau berkata, pimpinan PH juga seharusnya memberikan ruang kepada Latheefa dan SPRM untuk menjalankan tugasnya dengan tegas serta berkesan.

“Saya yakin Dr Mahathir dan pimpinan PH akan menilai segala pandangan dengan penuh prihatin, selanjutnya menjelaskan kepada Kabinet dan majlis presiden PH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Itu adalah kenyataan pertama Anwar selepas pelbagai kritikan dan pandangan berikutan pelantikan Latheefa termasuk dalam kalangan pimpinan PH malah PKR.

Ada yang menyokong dan yang lain mendesak orang ramai menandatangani petisyen bertujuan menggesa Latheefa meletak jawatan.

Anwar berkata, pelbagai reaksi dan polemik yang dizahirkan dalam kalangan pimpinan PH, badan bukan kerajaan (NGO) dan anggota masyarakat dikhuatiri mendorong implikasi negatif terhadap citra serta imej kerajaan lapor HMetro.

“Secara positif polemik itu memperkukuh komitmen PH untuk memastikan SPRM melaksanakan tugas secara adil,” katanya.

“Pimpinan PH, NGO dan rakyat pasti akan terus memantau perjalanan dan keberkesanan agensi itu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");