Perak Hari Ini

‘Boleh Sahaja Beraya Tanpa Mercun…’

IPOH: Tiap kali tiba sambutan Hari Raya Aidilfitri, pastinya berita berkenaan kemalangan yang melibatkan mercun akan menghiasi di dada-dada akhbar.

Bukan sahaja tangan hancur malah ada beberapa kemalangan melibatkan mercun yang dilaporkan sehingga menyebabkan mata seorang kanak-kanak buta.

Yang terbaharu dilaporkan sebuah kereta di Kota Bharu, Kelantan habis terbakar dipercayai akibat dibaling mercun.

Bagi Mohd Fakhruddin Md Zain, 31, bermain mercun bukanlah suatu kemestian dan keperluan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Boleh sahaja meraikan Hari Raya tanpa mercun. Ia bukan kemestian. Lagi pun mercun sangat berbahaya dan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

“Sebagai ibu bapa kita seharusnya menjadi teladan kepada anak-anak dan menasihati mereka secara tegas terhadap larangan bermain mercun,” katanya kepada PerakToday, di sini, hari ini.

Bagi Nor Fauziah Hanum Abd Rahim, 45, aktiviti bermain mercun selain membazir wang ia juga disifatkan sebagai aktiviti yang sangat berisiko tinggi.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkata semua kes kemalangan yang membabitkan aktiviti tersebut harus dijadikan pengajaran buat semua khususnya kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

“Mercun yang melibatkan bahan letupan yang besar sangat berbahaya kepada kanak-kanak. Malah ada yang hampir kehilangan nyawa dan harta benda.

“Hari Raya sepatutnya kita sambut dengan keceriaan. Banyak lagi aktiviti lain yang berfaedah yang dapat dilakukan untuk menambah keceriaan di Aidilfitri ini seperti amalan kunjung-mengunjung, bertanya khabar dan gotong-royong,” katanya.

Selain itu Ahmad Affendi Mohd Manaf, 39, berkata orang dewasa, tidak kira siapa harus mengawasi ahli keluarga masing-masing khususnya yang masih kecil untuk tidak terlibat dengan aktiviti bermain mercun.

Katanya berita kemalangan akibat bermain mercun pada sambutan perayaan lain yang jarang kedengaran harus diambil pengajaran.

“Berita kemalangan membabitkan mercun ini kebanyakannya pasti akan berlaku pada Hari Raya Aidilfitri. Jarang kita dengar berlaku pada perayaan lain.

“Selain ibu bapa, mana-mana orang dewasa dalam kalangan ahli keluarga harus membantu memantau semua aktiviti kanak-kanak semasa Hari Raya ini.

“Ada kala mereka tidak membelinya sebaliknya mendapatkan ia daripada rakan-rakan mereka. Perkara seperti ini yang membimbangkan kita dan ianya harus dibendung segera,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");