Berita Hari Ini

Buruh Ugut Mahu Santau Polis Ditahan

KUALA KANGSAR: Lelaki yang mengugut mahu melakukan ‘santau’ terhadap seorang anggota polis trafik yang menyamannya atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar, ditahan semalam..

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim, berkata lelaki yang bekerja sebagai buruh berusia 36 tahun itu ditahan selepas laporan mengenai tindakannya itu dibuat anggota berkenaan.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika pengadu bersama sepasukan anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar membuat tugas operasi penguatkuasaan lalu lintas di Jalan Idris, dekat sini, jam 10.20 pagi semalam.

“Pengadu telah menahan sebuah kereta jenis Perodua Kembara dan meminta pemandu kereta itu menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu.

“Lelaki berkenaan didapati melakukan kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan satu saman dikeluarkan terhadapnya,” katanya di sini, hari ini.

Razali berkata, secara tiba-tiba lelaki terbabit mengeluarkan perkataan antaranya, ‘kamu tunggu aku santau kamu, bukan mahal pun nak santau RM5 je dah boleh santau’.

Beliau berkata, perkataan ugutan jelas didengari pengadu bersama seorang lagi saksi.

Katanya, berikutan itu, polis menahan lelaki berkenaan kerana mengeluarkan perkataan mengugut dan biadap terhadap anggota polis yang sedang menjalankan tugas.

“Tangkapan kemudian dibawa balik ke IPD Kuala Kangsar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");