Berita Hari Ini

Datanglah Untuk Belajar Di Malaysia – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menggalakkan pelajar antarabangsa yang sedang mempertimbangkan perjalanan mereka dalam pendidikan, supaya datang dan belajar di Malaysia.

Dr Mahathir berkata Malaysia menawarkan sistem pendidikan swasta dan awam yang seimbang serta terbukti berjaya menghasilkan graduan yang cemerlang dalam kerjaya mereka.

“Pelajar yang belajar di luar negara adalah peneroka dan kami berada di bahagian yang menakjubkan di dunia di mana banyak kebudayaan bersama mewujudkan harmoni, di mana anda akan mendapati adat dan tradisi yang luar biasa, makanan eksotik dan indah serta dinamik sosial yang mengagumkan.

“Anda akan mendapati bahawa anda benar-benar dapat menerapkan diri dalam gaya pendidikan yang berbeza dan ini adalah cara terbaik untuk merasai pengalaman dan memahami rakyat, tradisi serta budaya,” katanya dalam video di Facebook beliau, sebagaimana dilaporkan BH Online malam tadi.

Dr Mahathir berkata belajar di luar negara adalah penting untuk menjadi warga dunia yang berjaya dan menekankan bahawa pendidikan adalah penting untuk pembangunan negara, rakyat, ekonomi dan masyarakat.

“Di tempat kerja hari ini, nilai yang tinggi diberikan kepada pengalaman sebenar dengan dunia di luar sempadan anda, pengalaman yang sangat berbeza dari anda sendiri,” katanya.

Beliau percaya bahawa pelajar antarabangsa akan mendapati pengalaman belajar di Malaysia sebagai perjalanan yang berbaloi dan dihargai jika mereka bercadang untuk belajar di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");