Perak Hari Ini

‘Elak Durian Dirampas, Berniaga Di Stadium Ipoh’

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan memusatkan peniaga buah durian di sekitar bandar raya ini di tempat letak kereta Stadium Indera Mulia di Ipoh mulai hari ini.

MBI dalam kenyataan hari ini berkata ia bagi memudahkan para penggemar buah durian untuk membeli dan menikmati buah durian di lokasi yang lebih strategik dan selamat.

“Sehubungan dengan itu, MBI mempelawa peniaga durian untuk berniaga di tempat letak kereta Stadium Indera Mulia,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, MBI akan membuka Kaunter Sementara di stadium itu bagi memudahkan para peniaga durian mendapatkan permit untuk berniaga di lokasi berkenaan.

Peniaga-peniaga yang berminat boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Penjaja di talian 05-2083297/98.

“MBI juga akan menyediakan tong sampah di kawasan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Semalam, MBI dilaporkan telah merampas hampir 500 biji durian dalam operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan berkaitan aktiviti menjual durian tidak berlesen di beberapa lokasi di Ipoh sejak minggu lepas.

Tindakan penguatkuasaan itu diambil setelah nasihat yang diberikan sebelum ini supaya berpindah ke tempat yang selamat bagi mengelakkan berlakunya masalah kesesakan lalu lintas selain perlu mendapatkan permit tidak diendahkan peniaga-peniaga terbabit.

Video berdurasi 67 saat dan beberapa gambar menunjukkan sepasukan penguatkuasaan MBI merampas buah durian dan khemah peniaga dalam satu operasi di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Hentian Limau Tambun turut tular di media sosial mulai semalam.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");