Membawang Hari Ini

Erma Fatima Satukan Nabila Huda & Amy Search

Pasti umum mengetahui, pelakon Nabila Huda sudah beberapa tahun tidak bersua muka dengan bapanya, penyanyi rock lagenda, Amy Search.

Namun baru-baru ini, timbul kekecohan antara Abil dengan ibu tirinya, Nourish Hassan, berikutan komen balas terhadap ucapan Hari Bapa oleh Abil.

Bagaimanapun, perselisihan faham antara Abil dan ibu tirinya nampaknya seperti sudah pulih apabila dia berkunjung ke rumah bapanya, Khamis lalu.

Difahamkan, pertemuan dua anak beranak itu dirancang oleh pengarah popular, Erma Fatima yang merupakan kawan baik kepada Amy Search yang turut mengundang Abil dan suami untuk datang beraya sama.

Menerusi Instagram Erma, Abil mengucapkan terima kasih kepada pengarah itu kerana mengatur pertemuan tersebut. Kata Abil lagi, dia sangat gembira kerana hajatnya sudah tercapai.

“Terima kasih Mama (panggilan kepada Erma) kerana akhirnya hajat tercapai. Anda seorang yang hebat kerana hanya dengan satu panggilan, saya muncul di sini. Saya berasa sangat gembira sekarang,”tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata memuji niat baik Erma yang ingin menjernihkan hubungan baik Nabila, Amy Search dan ibu tirinya.

Baguslah hubungan anak beranak ini sudah kembali pulih sempena bulan Syawal yang mulia ini. Diharap hubungan baik mereka akan berkekalan sampai bila-bila.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");