Sukan Hari Ini

FAM Calon Gol Goulon Rebut Anugerah Puskas

Tonggak pertahanan Pahang dari Perancis, Herold Goulon menjadi individu kedua daripada Malaysia dihantar nama ke Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi pencalonan 2019 selepas Syahmi Safari turut tercalon sebelum ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, pihaknya akan menghantar surat rasmi dan rakaman video kepada FIFA selewat-lewatnya petang ini bagi membolehkan jaringan jarak jauh Goulon itu dipertandingkan.

“Pihak Pahang sudah meluluskan untuk kita menghantar pencalonan gol Goulon ke FIFA dan ia akan dihantar hari ini.

“Gol itu memang cantik dan selayaknya dihantar bagi membolehkan ia dinilai oleh jawatankuasa teknikal FIFA sekaligus berharap kita dapat tercalon 10 terbaik nanti.“

Goulon menjadi pemain kedua selepas Syahmi (Safari) menjadi individu pertama dihantar FAM untuk pencalonan.

Gol Syahmi kita dah hantar awal tahun ini dan mana tahu kedua-duanya boleh berada dalam 10 teratas tercantik,” katanya ketika ditemui pada sidang media kepulangan dua pemain muda bawah 19 (B-19) tahun negara, Ali Imran Sukari dan Harith Haiqal Adam Afkar yang menyertai program Asian Eleven di Fukushima, Jepun baru-baru ini.

Pada Sabtu lalu, Herold mengejutkan ribuan penyokong setia Tok Gajah dan peminat tanahair apabila sepakan percuma dari jarak 50 meter di tepi garisan tengah berjaya menerjah gawang Perak yang dikawal penjaga gol kebangsaan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");