Perak Hari Ini

Final Piala FA, Pafa Bakal Kendali Penjualan Tiket Dengan Baik

IPOH- Presiden Pafa, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan bagi mengendalikan penjualan tiket menjelang perlawanan akhir Piala FA.

Katanya, tindakan tersebut dilakukan supaya bunyi-bunyi mengenai ketirisan penjualan tiket tidak akan kedengaran dalam kalangan penyokong.

Beliau yang Menteri Besar, hadir merasmikan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak yang berlangsung selama dua hari di Perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, hari ini.

Dalam pada itu katanya, tindakan tersebut dapat mengelakkan ulat tiket.

“Seperti semalam kita dapat lihat rakyat berkampung di stadium bagi mendapatkan tiket dan kaedah yang sama turut akan diambil bagi penjualan tiket,” katanya.

Selain itu katanya, bonus sebanyak RM150,000 kepada pemain pada perlawanan semalam akan diberikan sebelum perlawanan akhir nanti.

“Pada awalnya saya tidak menyebutkan langsung nilai bonus yang ingin diberi tetapi mereka telah menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan.

“Tetapi prestasi yang paling membanggakan bagi diri saya adalah kehadiran begitu ramai penyokong pasukan bola sepak kerana perkara ini jarang berlaku,” katanya.

Tambah Ahmad Faizal, malam semalam sangat berbeza dan perkara tersebutlah yang ingin beliau lihat dimana sukan tersebut menyatupadukan rakyat dan bukan memecahbelahkan rakyat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata mengenai program hari ini, perpaduan negeri ini berjalan sangat baik dan diharapkan tiada pihak yang memecahbelahkan negeri ini supaya kestabilan berkenaan tergugat.

“Berkenaan dengan tema sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri pada hari ini iaitu Perpaduan 4.0 dimana amat bertepatan kerana politik kian menjadi buah mulut rakyat selepas PRU yang lalu begitu berharap usaha ini dapat berterusan.

“Rakyat perlu kembali bersatu padu dan membangunkan negeri dan negara bukannya berterusan bercakaran terutamanya mengenai hal politik,” katanya.

Kerajaan negeri juga telah menganugerahkan beberapa anugarah kepada persatuan serta belia yang telah menunjukkan kualiti kepimpinan serta diri terhadap negeri sepanjang tahun 2018 dan 2019 pada hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");