Berita Hari Ini

Guan Eng Mahu Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Simen

PETALING JAYA: Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa sebuah syarikat pengeluar simen menjelaskan tindakan menaikkan harga barangan itu antara 40% hingga 50%.

Menurut laporan Berita Harian, Lim berkata kenaikan harga itu turut mengakibatkan kesan rantaian kepada pelbagai industri lain, khususnya perumahan.

“Ia hanya memberi keuntungan besar kepada 1 atau 2 syarikat, sebaliknya memusnahkan lebih banyak industri dan ekonomi negara,” katanya pada sidang media di George Town hari ini.

Lim berkata aduan sudah dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dan pertemuan membincangkan isu itu dijangka minggu depan.

“Kita nak tahu adakah kenaikan ini berpunca daripada impak monopoli apabila syarikat terbabit mengawal 85% pasaran simen negara, selain ia hanya menggunakan bahan tempatan,” katanya.

Dalam laporan itu, Pengerusi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang, Ooi Eng Hock berkata kenaikan harga simen itu memberi kesan peningkatan antara 15% hingga 20% kos pembinaan rumah.

“Kita tidak pasti apa sebab di sebalik kenaikan harga simen ini,” katanya.

Menurut beliau, simen kini dijual sehingga RM16 permeter padu, ketika nilai mata wang negara semakin kukuh, berbanding RM9 permeter padu sebelum ini, ketika nilai mata wang negara di paras RM4.40 bagi AS$1.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");