MONTREAL: Lewis Hamilton berharap kedudukan petak utama yang diperoleh Sebastian Vettel di Grand Prix Kanada bakal menjadi titik perubahan kepada persembahan pasukan lawannya, Ferrari pada musim ini.
Juara bertahan sebanyak lima kali itu yang mana pasukannya, Mercedes menyapu bersih rekod enam kemenangan berturut-turut pada perlawanan pembukaan tahun ini, mendahului rakan sepasukannya Valtteri Bottas dengan 17 mata dalam pemburuan gelaran pemandu terbaik.
Kejayaan Vettel pada awal pagi tadi meletakkannya buat kali pertama di petak utama daripada 17 perlumbaan sejak Grand Prix Jerman tahun lalu.
“Ini adalah sukan yang hebat,” kata Hamilton. “Saya suka bersaing dengan pasukan lain dan hari ini, ia adalah sangat sengit.
“Saya tak tahu apa akan jadi kepada kami. Di beberapa peringkat, mereka berada di hadapan kami dan kami bertukar-tukar kedudukan sepanjang perlumbaan.
“Saya berharap ini menjadi titik perubahan buat mereka dan ia akan menjadikan perlumbaan lebih sengit mulai sekarang dan kami akan ambil serius pertarungan sepanjang musim. Ini akan menjadi lebih hebat.”
Sementara itu, Daniel Ricciardo yang berpindah dari Red Bull ke Renault kagum dengan kejayaan dirinya sendiri apabila beliau menduduki tempat keempat dalam pusingan kelayakan buat Renault di Montreal.
“Saya tak mahu kata apa-apa, saya tak mempercainya,” kata pemandu dari Australia itu. “Tetapi bagi saya untuk bergembira dengan kedudukan keempat, ia begitu bermakna.”- AFP